Pemprosesan Herba

KBioCorp membantu usahawan dalam memulakan langkah pertama dan memproses bahan mentah semulajadi kepada produk komersil melalui proses menambah nilai seperti:

Pengisaran :

  • Untuk menghasilkan serbuk kisar sehalus 5-10 mm
  • Aplikasi : Makanan, Herba

Sistem Pengekstrakan Pelbagai Guna :

  • Untuk mengekstrak air/pelarut daripada sesuatu bahan. Penghasilan ekstrak cecair dengan kepekatan yang berbeza bergantung kepada jenis bahan, suhu, saiz partikal bahan dan tempoh ekstrak.
  • Aplikasi : Makanan, Herba

Pengekstrakan Semburan Kering :

  • Untuk menghasilkan serbuk dengan saiz partikal yang konsisten daripada cecair atau sluri melalui teknik pengeringan cepat melalui penggunaan haba atau gas.
  • Aplikasi : Makanan, Farmaseutikal, Herba

Pembungkusan Paket :

  • Mesin Pembungkusan Paket digunakan untuk membungkus serbuk atau granul ke dalam kerajang aluminium sebelum dimasukkan ke dalam kotak. Mesin tersebut boleh menghasilkan paket bersaiz 12 gram dan 30 gram dengan kepantasan 30 paket seminit.
  • Aplikasi : Makanan dan minuman serbuk campuran

Pembuatan Secara Kontrak :

  • Kami menawarkan perkhidmatan pembuatan secara kontrak kepada semua pelanggan dari industri minuman untuk memproses bahan mentah kepada serbuk minuman.

Perkhidmatan Khas Pengekstrakan Herba akan Ditawarkan Mengikut Permintaan