Kursus Jangka Pendek, Latihan dan Khidmat Nasihat

Kbiocorp menyediakan kursus jangka pendek, latihan dan khidmat nasihat bagi membantu usahawan mencapai kecemerlangan dalam perniagaan. Kami menawarkan kursus dan program yang memenuhi keperluan pelanggan dan memberi latihan praktikal yang dapat membantu pelanggan membina pengetahuan mengenai produk dan industri berkenaan.

Kursus Latihan yang Dikendalikan:

  • Formulasi Produk Herba
  • Kawalan Kualiti Produk Herba
  • Penggunaan Mikro-organisma & Enzim dalam Produk Makanan & Kosmetik
  • Analisis Makanan
  • Kursus Instrumentasi - Logam Berat
  • Formulasi Produk Penjagaan Diri & Kosmetik
  • Kursus Mikrob Kontaminasi Bakteria
  • Kursus Analisa Steroid
  • Analisis Makanan & Perlabelan Nutrisi Makanan
  • Urutan Holistik & Aromaterapi