Makmal Analisa

Kami menawarkan Kerjasama Jangka Panjang melalui pakej analisis makmal yang berpatutan dan perkhidmatan yang berkualiti agar dapat memenuhi keperluan pelbagai syarikat dan industri dalam mematuhi peraturan-peraturan dan keperluan perindustrian.

Peralatan dan kemudahan kami yang lengkap dapat menjalankan pelbagai analisis makmal untuk pelbagai industri seperti bioteknologi, industri makanan & minuman, farmaseutikal, kosmetik, herba, industri berasaskan pertanian dan lain-lain industri pembuatan. Peralatan dan kemudahan yang canggih membolehkan kami melakukan aktiviti penyelidikan dan pembangunan untuk universiti, pusat penyelidikan dan sektor swasta.

Kami menawarkan pelbagai Analisis Makmal yang mengikut kaedah ujian yang diiktiraf dan diakreditasi MS ISO/IEC 17025 oleh Jabatan Standard Malaysia agar memenuhi keperluan syarikat anda untuk menepati peraturan-peraturan dan piawaian antarabangsa.

Keutamaan kami adalah membantu pelanggan untuk mempertingkatkan daya persaingan dalam perniagaan. Kebanyakan pelanggan kami berpuas hati dengan laporan makmal kami yang membekalkan maklumat yang tepat dan mudah ditaksirkan. Kami berusaha untuk mengeluarkan Sijil Analisis dalam masa yang singkat supaya dapat memenuhi permintaan perniagaan anda.

Jenis-Jenis Perkhidmatan Makmal

Jenis Industri Ujian Makmal
Makanan & Minuman Nutrition Fact (Malaysian Standard & International Labelling), Heavy Metal Test, Microbial Limit Test, Drug Adulterant Test, Waste Water Test, Preservatives Test, Miscellaneous Analysis, Pesticide, etc.
Bioteknologi Nutrition Fact (Malaysian Standard & International Labelling), Heavy Metal Test, Microbial Limit Test, Waste Water Test, Preservatives Test, Miscellaneous Analysis, etc.
Farmaseutikal, Kosmetik Heavy Metal Test, Microbial Limit Test, Drug Adulterant Test, Waste Water Test, Miscellaneous Analysis, etc.
Herba Heavy Metal Test, Microbial Limit Test, Drug Adulterant Test, Waste Water Test, Miscellaneous Analysis, Pesticide, etc.
Berasaskan Pertanian Heavy Metal Test, Microbial Limit Test, Waste Water Test, Miscellaneous Analysis, Fertilizer Test, Soil Test, Pesticide, etc.
Perkilangan Nutrition Fact (Malaysian Standard & International Labelling), Heavy Metal Test, Microbial Limit Test, Drug Adulterant Test, Waste Water Test, Preservatives Test, Miscellaneous Analysis, Fertilizer Test, Soil Test, Pesticide, Industrial Hygiene Monitoring (OHS Doctors), etc.
Muat Turun Template