Latar Belakang Syarikat

Kedah BioResources Corporation (KBioCorp) adalah sebuah Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) Negeri Kedah. Penubuhan syarikat ini bertujuan menyediakan perkhidmatan dan kemudahan Bioteknologi di Kawasan Utara.

Ditubuhkan pada tahun 2006, KBioCorp adalah anak syarikat Kulim Technology Park Corporation (KTPC) yang menyediakan Kerjasama Jangka Panjang melalui Perkhidmatan Pusat Setempat kepada pelanggan dalam pelbagai industri: Bioteknologi, Makanan & Minuman, Farmasi, Kosmetik, Industri Herba, Industri Berasaskan Pertanian, Kontrak Pembuatan / Perkhidmatan OEM.

Kenapa Pelanggan Memilih KBioCorp?

  • Kami menyediakan pusat perkhidmatan setempat yang mampu untuk anda memulakan dan mengembangkan perniagaan anda
  • Kami menawarkan perkhidmatan ujian makmal, pemprosesan herba dan kultur tisu agar dapat membantu meningkatkan nilai produk anda dalam menghadapi persaingan di pasaran tempatan dan global
  • Kami mempunyai kemudahan yang lengkap dan canggih bagi ujian makmal, pemprosesan herba dan kultur tisu
  • Kami berkongsi kepakaran kami dengan memberi khidmat nasihat dalam penambahbaikan produk anda
  • Kakitangan yang mesra pelanggan sedia memberikan perkhidmatan yang diperlukan
  • Kami menawarkan latihan industri yang dapat membantu anda menghasilkan produk sendiri dan memenuhi keperluan industri