Kultur Tisu Tumbuhan

Objektif utama penubuhan Makmal Kultur Tisu di KbioCorp adalah untuk dijadikan sebagai pusat pertanian moden bagi membantu para petani meningkatkan pengeluaran pertanian mereka.

Kultur Tisu Tumbuhan merupakan satu kaedah untuk menghasilkan bahan tanaman atau anak pokok yang lengkap bermula dengan sebahagian kecil tisu tumbuhan seperti daun, batang atau sel yang dikulturkan dalam media secara steril atau pun aseptic untuk tumbesaran. Proses ini melibatkan pemilihan baka yang baik daripada pokok induk dan dilakukan melalui kaedah pembiakan mikro (memperbanyakkan tanaman secara vegetatif) untuk menghasilkan beribu-ribu anak pokok.

Proses kultur tisu ini dijalankan dalam persekitaran yang terkawal dan pemeriksaan virus dilakukan terhadap anak pokok untuk memastikan anak pokok bebas daripada penyakit. Melalui kaedah ini, tumbesaran pokok adalah seragam malah, ia dapat menghasilkan kualiti buah yang baik. Memandangkan anak-anak pokok dihasilkan dalam keadaan makmal yang dikawal menggunakan nutrien yang terpilih, hasilnya boleh dituai dalam masa sebulan atau dua bulan lebih awal berbanding tanaman yang dibiakkan secara konvensional.

Anak-anak pokok ini kemudiannya akan dipindahkan ke nursery dan sedia untuk dijual kepada petani.

Produk Kultur Tisu KbioCorp

Produk Jenis
Benih Pisang Berangan, Nangka, Emas
Nenas MD2
Herba Misai Kucing, Sambung Nyawa, T3
Lain-lain Orkid, Fig Plant, Albasia